4 Resepi Keledek (Pelbagai Jenis Masakan)

Pelbagai jenis masakan atau pencuci mulut boleh dibuat dengan keledek. Jika ada keledek di rumah anda jom cuba resepi keledek yang kami nak kongsikan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Rebus Guna Keledek

Bahan-bahan

Bahan untuk kuah

  • 1 senduk minyak masak
    keledek merah, anggaran 3 ketul besar penumbuk
  • 5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
  • 1sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 6 cawan air (lagi sedap pakai air rebusan daging /ketam letak seekor je bagi yang  tak makan daging untuk  maniskan rasa kuah)
  • 2 cm lengkuas, dititik
  • Garam, perasa dan gula secukup rasa

Cara buat Mee Rebus Guna Keledek

  1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*)
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi.
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan lengkuas.
  7. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Perasakan dengan gula, perasa dan garam secukupnya.

Sumber: Ida Royani dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Talam Keledek Oren

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • keledek rebus/kukus potong dadu
  • 2 cwn santan1 cwn tepung beras
  • 3 sdb tepung ubi
  • Garam

Lapisan atas

  • 1 cwn keledek
  • 1/2 cwn gula
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 sdb tepung beras
  • 2 cwn santan
  • Telur Gred B 1 biji
  • Pewarna oren

Cara buat Talam Keledek Oren

Lapisan bawah

  1. Bancuh semua kecuali keledek.
  2. Masak bancuhan kejap atas api.
  3. Masuk keledek.
  4. Kukus 25min.

Lapisan atas

  1. Campur semua, blend halus.
  2. Nak masak dulu kejap atas api boleh.
  3. Cakarkan permukaan lapisan bawah, baru tuang lapisan atas.
  4. Kukus 25min.

Sumber: Dayana Yana dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Keledek Balls

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo/ 500 gm keledek Oren
  • Kupas dan rebus dengsn 1 sk garam tapis dan lenyek, ketepikan
  • 4 sb gula pasir
  • 1 cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tepung pulut
  • 1 sk baking powder

Cara buat  Keledek Balls

  1. Bila keledek dah suam, masukkan gula, gaul sebati, ayak tepung tadi bersama baking powder, masukkan dalam keledek tadi dan gaul sebati uli kejap.
  2. Cubit dan gentel bulat hingga habis. Panaskan minyak, kena banyak, goreng hingga keemasan.
  3. Kalau suka boleh gelek dengan bijan sebelum goreng.

Sumber: Mahani Hussain dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

4.Resepi Koci Keledek Ungu

Bahan-bahan

  • Keledek
  • Tepung Pulut 500g
  • Santan
  • Minyak 1sdm
  • Kelapa muda
  • Gula merah
  • Garam
  • Daun pandan
  • Tepung gandum

Cara buat Koci Keledek Ungu

  1. Keledek direbus dilenyek anggaran 2 cawan.
  2. Tepung pulut dan santan cair. Agak untuk uli. Minyak 1 sdm.
  3. Santan panaskan bubuh daun pandan bubuh garam sikit.
  4. Uli hingga tak lekat pada tangan.
  5. Untuk inti, kelapa muda, gula merah sikit, gula pasir. Sedikit garam daun pandan sampai kering. Tabur sikit tepung gandum. Supaya senang dikepal.
  6. Daun pisang dilayur dilap.
  7. Daun disapu minyak supaya tak melekat atau adunan dah bubuh inti sapu minyak.
  8. Bungkus seperti yang kita suka. Kukus 10 mnt atau15 mnt.

Sumber: Badariah Abd Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Resepi yang kami kongsikan ini jangan lupa cuba ya!

Jom semak juga resepi begedil daging yang berasaskan kentang.

Selamat mencuba!

Leave a Comment