4 Resepi Daging Kambing (Sedap Masak Apa?)

Siapa sini penggemar kambing? Kali ini resepi daging kambing kami bawakan khas untuk anda. Tak pasti nak masak apa dengan daging kambing? Baca sampai habis!

Jom kita try!

1. Resepi Daging Kambing Bakar

Bahan-bahan

  • Daging kambing 5-6 slice
  • Sos tiram 2 sb
  • Sos lada hitam 3 sb
  •  Kicap 3 sb
  •  Hirisan halia @ tumbuk halus
  •  Gula (gula perang) nak pkai madu pon boleh
  •  Serbuk lada hitam
  •  Daun rosemary (penting bagi bau dan rasa dia terangkat)

Cara buat Daging Kambing Bakar

  1.  Masuk semua bahan tu dan gaun sebati. Kalau nak perap, tutup bekas pakai plastik atau aluminium foil dan letak dalam peti nak frozenkan pon tak ada msalah isi dalam tupperware. Kalau tak terus boleh bakar.
  2. Kalau dirumah bakar dalam oven 1-1.30jam api atas bawah 200darjah brgantung pada oven. Agak-agak dah ada hangus sikit tu, dah boleh angkat
  3. So boleh hidang dengan kuah blackpapper.

Sumber: Aryn Locos dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Kambing

Bahan-bahan

  • Daging Kambing 3kg – dibersihkan dengan tepung dan cuka makan. Selepas itu bilas hingga bersih dan toskan
  • Blend
  • Bwg besar 4 biji
  • Bwg Putih selabu
  • Halia dlm 200g
  • Mskkan 250g Rempah Kari Daging Baba’s
  • Mskkan 100g Serbuk cili Baba’s
  • Bwg Merah 10 biji
  • Bwg Putih 1/2 labu
  • Halia 50g
  • 4 sekawan
  • Kentang
  • Santan
  • Kerisik
  • Garam

Cara buat Kari Kambing

  1. Daging kambing yang ditoskan tadi masukkan ke dalsm bekas dan tuangkan bahan yang kita blend tadi.
  2. Masukkan 250g Rempah Kari Daging Baba’s
    Masukkan 100g Serbuk cili Baba’s
  3. Gaul hingga rata dan perap sekejap.
  4. Tumiskan bawang merah, bawang putih labu, halia dan daun kari.
  5. Bila dah garing sikit masukkan kambing yang kita perap tadi. Masukkan daun pandan 2@3 helai.
  6. Masak hingga pecah minyak. Kalau daging kambing masih keras lagi tambah air dan masak lagi hingga daging kambing hampir lembut.
  7. Kacau sentiasa supaya tak hangit.
  8. Bila daging kambing dah hampir lembut baru masukkan kentang.
  9. Bila kentang dah hampir empuk masukkan santan. Garam, aji dan gula secukup rasa.
  10. Masukkan kerisik 3 @ 4 sudu besar.
  11. Bila dah betul didih. Tutup api.
  12. Dah siap.

Sumber: Nazri Mat Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Beriani Kambing

Bahan-bahan

  • Daging kambing 1/2kilo
  • Bawang besar 2biji
  • Tomato: 2 biji
  • Cili hijau: 1
  • Minyak sapi: 5sudu
  • Serbuk rempah briyani: 50g
  • Kayu manis: 4
  • Bunga lawang: 5
  • Buah pelaga: 5
  • Halia: 3cm
  • Bawang putih: 6ulas (ditumbuk lumat)

Bahan untuk perap daging kambing

  • Garam masala: 2 sudu besar
  • Serbuk kunyit: 1 sudu kecil
  • Serbuk cili kering: 1 sudu kecil
  • Yogurt: 3 sudu besar

Nasi

  • 4 cwn beras basmathi
  • 5 cwn air
  • 2 sb garam
  • Daun pudina dan daun ketumbar
    Tuangkan kambing yang di masak tadi

Cara buat Beriani Kambing

  1. Kambing diperap selama 10 minit.
  2. Tuangkan ke dalam beras, air dan garam.
  3. Boleh guna rice cooker.

Sumber: Azila Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kambing Masak Kerisik Manis

Bahan-bahan

  • 1 kg Daging kambing (ketulan besar agak segenggam)
  • 2 pack kecik serbuk kurma
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 biji besar bawang
  • 6 biji bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 4 sudu gula (suka manis atau tidak boleh tambah)
  • 3 sudu madu
  • 5 biji kentang
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • 1 kotak santan
  • Air
  • Kismis
  • 2 inci halia
  • Lada hijau
  • Cili kering
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto

Cara buat Kambing Masak Kerisik Manis

  1. Rebus daging kambing sehingga empuk.
  2. Rebus bersama ajinamoto, halia dan letak sudu besi kalau yang takde pressure cooker supaya cepat empuk.
  3. Rebus kentang bersama sedikit garam.
  4. Masukkan bahan blender
    3 biji bawang putih
    3 biji bawang merah
    1 biji bawang besar
    2 inci halia
    Cili kering agak segenggam
  5. Hiriskan
    1 biji bawang besar
    3 biji bawang merah
    3 biji bawang putih
  6. Panaskan minyak.
  7. Masukkan hirisan bawang, tumis hingga layu.
  8. Masukkan bunga lawang , kayu manis.
  9. Masukkan bahan yang di blender, tumis sehingga naik minyak.
  10. Masukkan kerisik dan serbuk kurma.
  11. Kecikkan api. Masukan air agak je, kacau dan masukkan garam, gula, madu, ajinamoto masukkan santan.
  12. Masukkan daging api kene kecil sebab mudah berkerak, renih sampai naik minyak.
  13. Selepas itu masukkan kentang yang empuk, kalau rasa dah cun boleh lah masukkan kismis dan lada hijau nak best lagi tambah lah gajus atau badam yangdah di sangai)

Sumber: Lavinda Mahfuz Mahfiez dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kami pasti anda terliur dengan resepi daging kambing yang kami kongsikan ini. Jangan lupa cuba!

Jom semak juga resepi daging bakar sedap dicicah dengan sos Thai.

Selamat mencuba!

Leave a Comment