4 Resepi Nasi Ayam Madu (Simple, Sedap & Cepat Siap)

Siapa sahaja yang tidak suka dengan nasi ayam kan? Semua peringkat umur gemar dengan menu ini, tak pernah jemu kalau dihidang setiap hari. Kali ini kami ingin kongsikan resepi nasi ayam madu untuk anda cuba dirumah.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Ayam Madu Mudah Cepat & Sedap

Bahan-bahan

Bahan A (Rebusan)

  • 1/2 ekor ayam (cuci tapi kulit & lemak asingkan)
  • 1 biji bwg besar (potong kasar)
  • 3 ulas bwg putih (ketuk)
  • 2 btg serai (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)

Bahan B (Buat nasi sambil tunggu bahan A masak)

  • 2 1/2 cwn beras
  • 2 ulas bwg merah (ptong – halus)
  • 3 ulas bwg putih (ptong halus)
  • 1 inci halia (ptong halus)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bnga lawang
  • 5 kuntum bnga cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu butter/margerin
  • 1 kiub pati ayam
  • Lemak & kulit ayam yg kita simpan td
  • Sedikit serbuk kunyi
  • Garam (jika perlu)

Bahan C (Perapan ayam & goreng)

  • 2 ulas bawang putih (tumbuk/ketuk hancur)
  • 1/2 inci halia (tumbuk/ketuk hancur)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos lada hitam
  • 1/2 sb gula merah (yg tlh dibancuh pekat)
  • 1/2 sk minyak bijan
  • Kicap manis secukupnya
  • Kicap pekat/masin secukupnya
    **Madu (hnya guna sewaktu nak goreng)

Bahan D : (Sos, Kicap & Sup)

**Bahan Sos

  • 5 bji cabai hidup (bleh tambah ikut pedas msing)
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 sb sos cili
  • 1 sb gula merah
  • 1 biji air limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika perlu

**Bahan Sup

  • Kaki/tengkok ayam
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bnga lawang
  • 4 kuntum bnga cengkih
  • 1 kiub pati ayam
  • Lada sulah
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng

Cara buat Nasi Ayam Madu Mudah Cepat & Sedap

Bahan A (Rebusan)

  1. Masukkan air (agak2 sesuai dgn kuantiti ayam),
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai dan halia, dah mendidih baru masukkan ayam, biar hingga nampak ayam sedikit empuk.
  3. Kemudian tos dan asingkan ayam (air rebusan ayam tadi jangan buang).

Bahan B (Buat nasi sambil tunggu bahan A masak)

  1. Panaskan butter/margerin. Masukkan kulit & lemak ayam.
  2. Kacau hingga lemak dan kulit ayam keluar minyak, kemudian keluarkan lemak dan kulit tersebut.
  3. Tumis smua bahan B sebelum masukkan beras dengan minyak lemak ayam tadi hingga naik bau.
  4. Setelah naik bau masukkan beras yang telah dicuci, kiub ayam dan sedikit serbuk kunyit, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan lebihan air rebusan Bahan A tadi. Kuantiti air macam msak nasi biasa (jika masih ada lebihan air rebusan jangan buang,simpan).

Bahan C (Perapan ayam & goreng)

Cara perap

  1. Masukkan sedikit air dalam bawang putih dan halia yang telah diketuk hancur.
  2. Ramas bawang putih dan halia.
  3. Tapis ambil jus/airnya sahaja utk dimasukkan kedalam ayam, kemudian masukkan semua bahan C, gaul rata.
  4. Perap selama 1 jam, lagi lama sedap.

Cara goreng: (selepas siap perap)

  1. Masukkan minyak yang dicampur sedikit butter/margerin.
  2. Goreng ayam dengan api perlahan/sederhana. Masa goreng boleh ambil lebihan bahan perapan siram sikit atas ayam untuk pekatkan tekstur perapan pada ayam.
  3. Nampak ayam dah hampir masak sirakan pula madu diatas ayam dengan cara renjis pakai sudu.
  4. Dah masak dan tekstur pun nmpk perfect, boleh angkat hias dlm pinggan.

Bahan D : (Sos, Kicap & Sup)

**Bahan Sos

  1. Kisar semua bahan bersama lebihan air rebusan A, kemudian masak atas api sehingga masak.

**Bahan Kicap

  1. Ambil lebihan bahan perapan ayam tadi saja, campur bersama air rebusan ayam (jika masih ada) masak atas api sekejap.
  2. Tambahkan sedikit kicap pekat/masin dan kicap manis scukup rasa.

**Bahan Sup

  1. Nak cepat tidak perlu tumis, rebus semua naik sekali  sehingga ayam masak dan secukup rasa.
  2. Boleh hidangkan dan boleh tabur daun sup dan bawang goreng diatas.

Sumber: Anis Atokman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan

Rebusan ayam

  • 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
  • 1 biji bawang besar (potong besar)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 batang akar daun bawang (bersihkan)
  • Sedikit garam

Bahan perapan ayam

  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap pekat
  • Kicap cair

Resepi nasi

  • 4 cawan beras
  • 2 biji bawang merah – mayang
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 inci halia – tumbuk halus
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Rempah 4 beradik
  • Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air seperti nasi biasa

Sos Cili

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 biji tomato buang bijinya ye
  • Gula, garam dan cuka secukup rasa
  • Sedikit kuah sup

Sup

  • Air lebihan rebusan ayam
  • 1 bunjut adabi
  • Daun sup Dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Bebola ayam jika suka
  • Garam dan perasa jika perlu

Cara buat Nasi Ayam Madu

Rebusan ayam

  1. Rebus semua bahan rebusan ayam sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak keluarkan ayam dan toskan.
  2. Satukan bahan perapan dan gaul ayam biar sebati dan perap sekejap.
  3. Terpulang sama ada  ayam nak goreng ke nak panggang dalam oven.
  4. Selepas ayam siap di bakar curahkan kicap cair ke atsanya (boleh juga letak minyak bijan).

Resepi nasi

  1. Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar serta rempah 4beradik dan daun pandan hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kiub pati ayam.
  3. Masukkan juga air rebusan ayam, garam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.

Sos Cili

  1. Kisarkan semua bahan jangan hancur sangat.
  2. Masak semua bahan tersebut dan rasa kalau dah okay tak perlu tambah lagi.

Kicap Ayam

  1. Masak kicap yang perap ayam td dan letak sedikit kuah sup.

Sup 

  1. Masak bahan tersebut sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa jika perlu.
  2. Dah masak tabur daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan

  • Ayam madu
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Lada sulah
  • Madu/gula melaka
  • Sedikit garam jika perlu

Cara buat Nasi Ayam Bakar Madu

  1. Tumbuk halia dan bwng putih, ambil jus sahaja.
  2. Perap ayam bersama bahan diatas selama 10 minit.
  3. Kemudian masak dalam kuali dengan minyak sedikit. Tambah air jika sos pekat. Tuggu sehingga ayam masak dan pekatkan sos.
  4. Dah masak ayam pindahkan ke oven dan bakar.
  5. Selang seli bakar kemudian sapukan lebihan sos dalam kuali tadi. Bagi rasa lagi sedap dan ayam cantik.

Sumber: Nur Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan

Perapan

  • Ayam basuh bersih digaul:
  • halia tumbuk
  • bawang putih tumbuk
  • Cili paste 2 sudu (ikut kepedasan masing2)
  •  Sos tiram 3 sudu
  • Madu 4 sudu (ikut kemanisan masing2)

Nasi 

  • Halia hiris
  • Bawang putih tumbuk
  • 1/2 sudu kunyit
  • 1 kiub pati ayam
  •  Daun pandan diikat

Cara buat Nasi Ayam Madu

Perapan

  1. Gaul semua, perap dalam 30 minit.
  2. Masukkan minyak 2 sudu, masak ayam yang diperap sehingga ayam masak dan kuah pekat

Nasi 

  1. Basuh beras dan ikut sukatan air seperti biasa.
  2. Masak dalam rice cooke

Sumber : Puteri Elena Megat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Walapun banyak step yang perlu dilakukan tapi sebenarnya mudah sahaja nak buat resepi ini.

Jom lihat pula resepi nasi ayam Hainan yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment