4 Resepi Bihun Sup Utara (Resipi Original Kedah & Sambal Merah)

Bihun sup utara berbeza sedikit dengan bihun yang biasa. Bihun utara dihidangkan bersama sup tulang atau daging dan boleh digantikan dengan ayam. Selain itu, warna bihun sup utara juga mempunyai warna kekuningan disebabkan rendaman bersama serbuk kunyit. Sambal merah juga memainkan peranan penting dalam hidangan resepi bihun sup utara ini.

Jom kita try!

1. Resepi Bihun Sup Utara

Bahan-bahan

Bahan bihun

  • Rendamkan dalam air setakat rendam bihun bersama serbuk kunyit dua sudu besar
  • Rebus sampai agak lembut utk dimakan, siap rebus terus toskan

Bahan Sup Kuah

  • Bwg merah besar 3 biji + bwg putih 5 ulas + halia besar ibu jari + lada hitam 3 sudu besar + cili api hijau kecik 5 biji
  • Ayam  dada,
  • Daging 1/2 kg
  • Secukup rasa
  • 4 sekawan
  • Sup bunjut 1 packet
  • Sup tulang 1 packet
  • Minyak masak
  • Daun Sup (hiris)
  • Bawang goreng
  • Lobak masin (hiris)

Bahan Sambal Kicap

  • Cili api hijau kecik dlm 20 biji +
  • bwg putih 5 ulas + kicap jalen lemak manis agak2 sj +
  • secukup rasa secubit

Bahan Sambal Merah

  • Blendkan 2 biji bwg merah kecil + 2 ulas bwg putih
  • Belacan

Cara buat Bihun Sup Utara

Bahan bihun

  1. Panaskan periuk yang sesuai dan masukkan minyak masak. Bila minyak dah agak panas, masukkan 4 sekawan, sup bunjut dan sup tulang.
  2. Masukkan pula bahan blend tadi, kacau sampai naik bau.
  3. Bila dah naik bau, masukkan ayam dan daging dan air agak dengan kuantiti ayam daging.
  4. Masukkan secukup rasa.
  5. Bila daging dah empuk lembut, bawa keluar sekali dengan dada ayam, tuggu sejuk sikit carikkan dada ayam.
  6. Daging hiris halus sikit dan ketepikan.
  7. Last skli sebelum tutup api, masukkan bawang goreng dan daun sup hiris. Siap.

Bahan Sambal Kicap

  1. Blend sampai hancur.
  2. Lepas blend, masak sekejap atas dapur.

Bahan Sambal Merah

  1. Blendkan 2 biji bwg merah kecil + 2 ulas bwg putih & belacan sikit.
  2. Serbuk cili 2 packet kecik, larutkan dengan air panas, air panas agak-agak  bagi kacau jangan ada ketul.
  3. Campur susu manis satu sudu besar. Dan kacau lagi.
  4. Dalam kuali, panaskan minyak masak dalam setengah senduk. Bila dah panas, masukkan bahan blend tu, masak sampai naik bau.
  5.  Masukkan bahan bancuhan cili td, masukkan secukup rasa sikit ikut tekak kita agak2 ja jgn masin dan jgn tawar. Kacau sampai agak kering

Sumber: Shafiqah Abd Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan-bahan

Bahan Bihun

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

Bahan Sup Tulang

  • 1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak
  • 2 batang serai ketuk
  • Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
  • Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit batang daun sup
  • Air secukupnya menutupi daging

Bahan Cabai Merah

  • Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
  • Asam keping atau air asam jawa atau cuka
  • Garam
  • Gula

Bahan Sampingan

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Tauhu digoreng

Cara buat Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan Bihun

  1. Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.
  2. Agak dah lembut bihun terus bilas dengan air paip dan kemudian ditapis.

Bahan Sup Tulang

  1. Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.
  2. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
    ***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup

Bahan Cabai Merah

  1. Tumis bawang kemudian masukkan cili masak sampai pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka garam dan gula.
  3. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Sumber: Zaini Talib dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bihun Sup Utara Cabai Merah

Bahan-bahan

  • Rendam 1 paket bihun dengan serbuk kunyit

Bahan Kuah

  • Bawang besar 2 biji,
  • Halia 2 inci,
  • Bawang putih 5 biji
  • 1 genggam lada hitam.
  • Blender semua bahan-bahan ini

Bahan Cabai Merah

  • Setengah paket cili boh
  • Gula merah dan garam

Bahan hiasan

  • Daun sup, bawang goreng
  • Lobak masin.

Cara buat Bihun Sup Utara Cabai Merah

  1. Dah bertukar warna rebus sampai lembut kemudian tapis.

Bahan Kuah

  1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja) kacau sampai sebati kemudian masukkan rempah sup adabi agak-agak sahaja.
  3. Dah sebati masukkan 1kg daging, saya campur tulang,daging dan perut. Masak sehingga daging tadi lembut.
  4. Kemudian masukkan garam,gula dan chicken stock 2 cube sahaja. Dah cukup rasa,boleh masukkan kayu manis 1batang, bunga lawang dan buah pelaga.
  5. Rasa semua dah cukup rasa boleh tutup api.

Bahan Cabai Merah

  1. Blender 1 biji besar bawang merah masukkan dalam cabai tadi tumis sehingga masak.
  2. Dah masak masukkan 3 sudu besar sos cili kacau sehingga sebati tutup api.

Sumber: Noorfazrina Aida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bihun Sup Utara (Ayam)

Bahan-bahan

  • ​Ayam ½ ekor​Bwg merah 4bj*
  • ​Bwg putih 4ulas*
  • ​Halia 1inc*
  • ​Serai 1btg (titik)
  • ​Daun pandan (simpul)
  • ​4 sekawan (tumis)
  • ​Rempah sup (bancuh air)
  • ​Bihun 1 bgkus (rendam air+serbuk kunyit)
  • ​Daun sup dan bawang (amek akar potong)
  • ​Minyak 1 senduk utk tumis
    *tumbuk halus

Bahan hiasan

  • ​Tauhu (goreng potong dadu)
  • ​Daun sup
  • ​Bwg goreng
  • ​Isi ayam
  • ​Lobak Masin
  • ​Kcg tanah kisar *
  • ​Sambal hitam@merah
  • ​Daun bwg
    *optional

Sambal hitam

  • ​Bwg merah 2 biji*
  • ​Bwg putih 2 bji*
  • ​Cabai melaka 20 bji*
  • ​Limau kasturi
  • ​gula
  • ​garam
  • ​Kicap pekat 2 sudu
  • ​Sos tiram 2 sudu

Sambal merah

  • ​Serbuk cili 1bgks kecik
  • ​Bwg putih 2 ulas
  • ​Asam keping 2 kpg
  • ​Susu pekat 3 sudu
  • ​Gula 2 sudu

Cara buat Bihun Sup Utara (Ayam)

  1. ​Rendam bihun dgn serbuk kunyit. Tos air. Celur dgn air panas.
  2. ​Rebus ayam dgn sedikit halia dan akar daun sup dan daun bawang. Isi dah empuk, keluarkan. Dah sejuk, carik isi ayam. Tulang masuk dlm sup balik. Slowkan api.
  3. ​Tumbuk bahan tanda *. Tumis bersama rempah 4 sekawan, serai dan daun pandan. Garing bawang, masukkan rempah sup.
  4. ​Bila ayam didih, masukkan rempah sup tadi.
  5. ​Kemudian, masukkan gula, garam dan serbuk perasa Maggi. *gula agak² bagi manis kuah.
  6. ​Cukup rasa dah elok, tutup api.

Sambal hitam

  1. Blend semua bahan *, tumis dengan minyak.
  2. Masuk gula, garam, kicap dan sos tiram. Pecah minyak, masuk limau kasturi.
  3. Rasa dulu bagi cukup semua. Kalau pedas, tambah gula. Tapi jangan bagi manis sangat.

Sambal merah

  1. Tumis bwg putih, bancuh serbuk cili dengan air.
  2. Masukkan dlm kuali. Masuk asam keping, susu dan gula.
  3. Rasa bagi cukup semua. Kalau pedas, tambah gula sikit.

Sumber: سيتي زينب محمود dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak resepi buhun Singapore yang cukup simple ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment