4 Resepi Terung Berlada (Pedas Terangkat)

Sayur terung memang sedap jika dimasak dengan pelbagai cara antaranya ialah terung berlada. Jika anda tiada idea untuk makan tengahari, jom cuba resepi terung berlada yang cukup mudah dan pedas, confirm berpinggan nasi ditambah. Jom baca resepi mudah ini.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Terung Berlada

Bahan-bahan

  • Cili padi segenggam
  • Bwg merah besar 2biji
  • Bwg putih 6 ulas

Cara buat Sambal Terung Berlada

  1. Blend semua bahan.
  2. Panaskan minyak tumis semua bahan yang dikisar.
  3. Letak garam, perasa, gula, gula melaka tak nak letak pun boleh. Sebelum bahan tumis nak kering, goreng terung sekejap dalam minyak panas jangan lama nanti lembik.
  4. Tumis sampai kering. Nak bgi bau wangi saya letak daun limau purut, last hiris bawang Holland, baru letak terung. Siap.

Sumber: Sharina Cekna dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan

  • 2/3 biji terung panjang dipotong
  • 2 biji bawang merah besar (tumbuk/kisar)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk/kisar)
  • Segenggam ikan bilis digoreng garing
  • cili merah dan cili hijau (tumbuk/kisar)
  • cili padi (ikut anggaran kepedasan nak)- tumbuk/kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Terung Goreng Berlada

  1. Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
  3. Apabila terbit bau wangi masukkan cili yang telah dikisar.
  4. Masak sehingga garing.
  5. Masukkan garam dan gula. Saya tambah dalam 1/2 cawan air sebab nak bagi dia berkuah sikit. Didihkan sekejap.
  6. Masukkan terung gaul sebati.
  7. Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya – ikan bilis tmbuk kasar.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 10biji terung potong ikut suka goreng
  • 150gm ikan bilis goreng garing

Bahan kisar

  • 10biji cili besar campur merah hijau
  • 15biji padi kalau nak masuk cili kering tukar dengan 10 tangkai cili kering
  • Sedikit halia
  • 2biji bawang merah besar
  • 3ulas bawang putih
  • Sedikit perahan limau @ lemon @ air asam jawa

Cara buat Sambal Terung Ikan Bilis

  1. Panas minyak masuk bahan kisar kacau hingga naik minyak dan garing.
  2. Masuk garam gula dan serbuk perasa perahan lemon @ asam jawa sesuai dengan citarasa masing-masing.
  3. Kalau nak kuah masuk air sedikit. Masuk terung dan ikan bilis kacau rata tutup api.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Terung Berlada Petai

Bahan-bahan

  • Terung (goreng dulu)
  • Petai
  • Udang (optional)
  • Sos cili (optional)
  • Serbuk perasa
  • Blendkan/tumbuk (saya blend kering)
  • Cili api merah/hijau
  • Cili besar merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan

Cara buat Terung Berlada Petai

  1. Tumiskan bahan blend dan masukkan udang kering. Saya suka masukkan sos cili sikit.
  2. Agak nampak mcm dah kering baru masukkan petai. Masukkan sikit gula dan serbuk perasa.
  3. Last baru masukkan terung. Kacau sebati. Siap.

Sumber: Eiyda Aizrish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Terliur kan resepi yang kami kongsikan ini, mudah dan sedap.

Jom semak resepi cucur sayur boleh buat minum petang.

Selamat mencuba!

Leave a Comment