3 Resepi Oreo Cheesecake (Tanpa Perlu Bakar dan Sangat Sedap)

Salah satu jenis kek yang paling mudah untuk dibuat cheese cake, tanpa perlu menggunakan mixer dan oven. Kalau anda tiada oven atau mixer apakata anda cuba kek ini. Kami ingin kongsikan beberapa resepi Oreo cheesecake untuk anda.

1. Resepi Non-Baked Oreo Cheesecake

Bahan-bahan

Lapisan bawah (crust) :

  • 200g oreo
  • 50g butter (cairkan)

Lapisan atas (cheese) :

  • 250g cream cheese
  • 80g gula castor
  • 1 sk esen vanilla
  • 250ml non dairy whipping cream
  • 7-8 keping oreo (patahkan)

Cara buat Non-Baked Oreo Cheesecake

  1. Kisarkan oreo guna miller atau isi dlm plastik dan ketuk hingga hancur ( simpan sedikit untuk hiasan).
  2. Masukkan butter yang dicairkan dan gaul sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang loose- base pan, padatkan dan masuk ke dalam peti ais.
  4. Untuk lapisan atas, campurkan cream cheese, gula castor dan esen vanilla hingga sebati.
  5. Masukkan whip cream dan putar hingga kental.
  6. Masukkan oreo yang telah dipatahkan dan gaul rata.
  7. Masukkan adunan kedalam loyang berisi oreo.
  8. Taburkan oreo kisar atas kek dan hias ikut kreativiti anda.
  9. Biarkan 4-5 jam dlm fridge sebelum potong.

Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Oreo Cheesecake (Tanpa Telur,Tanpa Bakar, Tanpa Gelatin)

Bahan-bahan

  • 1 paket (454 gram Oreo Small Crushed)
  • 80 gram Buttercup atau nak sedap gunakan pure butter
  • 200 ml whipping cream
  • 70gram gula caster. (Nak kurang manis kurangkan gula)
  • 250 gram cream Cheese Tatura
  • 1 tsp asen vanila

Cara Buat Oreo Cheesecake

  1.  Cairkan butter dalam oven selama 30 saat. Keluarkan dan campurkan pula dengan oreo yang dah dihancurkan. Gaul sebati dan mampatkan pada dasar loyang.
  2. Bila dah mampatkan oreo tadi, sejukkan dalam peti chiller selama 1 jam.
  3. Pukul cream cheese bersama gula caster, esen vanila dan 200ml cream cheese sehingga adunan semua sebati (tiada ketulan gula).
  4. Boleh masukkan kepingan oreo kedalam cream cheese tadi sebagai option.
  5. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tambahkan adunan cream ini ke dalam loyang. Hentak supaya padat (boleh nak tambah apa sahaja topping).
  6. Dah boleh masukkan dalam peti sejuk semula untuk 4 jam.

Sumber: Nadia Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Red Velvet Oreo No baked Cheese Cake

Bahan-bahan

Base oreo

  •  1 Bungkus oreo (pack besar) *asing krim putih danbiskut dihancurkan
  •  3sb mentega *dicairkan
    -sebatikan bahan-bahan diatas dan tekan biar mampat. Dah siap, letak dlm fridge & bekukan selama 15minit

Cream cheese

  •  500gm cream cheese (tartura)
  •  200ml whipping cream (anchor)
  •  Krim putih oreo *double boil sampai cair
  •  2sb lemon (optional)
  •  3 sudu besar gula castor
  •  1sb serbuk gelatin + 2sb air masak (kacau sampai kaler jernih/putih)
  • 1/2 bgkus oreo (patahkan)

Cara buat Red Velvet Oreo No baked Cheesecake

  1. Putar cream cheese dan gula sampai hilang ketulan dan gula hancur.
  2. Masuk whiping cream, krim putih oreo, gelatin dan air lemon. Putar lagi sampai sebati dan nmpak cantik.
  3. Letak oreo yg dipatahkan kedalam adunan cream cheese dan kacau.
  4. Letak adunan cream cheese diatas base oreo yg dibekukan, dan hias dengan oreo ikut kreativiti selepas itu masukkan dlm peti ais( semalaman).

Sumber: Rohasliza Amat dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Siapa kata jika nak buat kek wajib ada mixer atau oven? Jangan lupa cuba resepi kek yang mudah ini dirumah. Semoga resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jika minat manisan, jemput tengok resepi cheesekut dan juga durian crepe juga.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment