4 Resepi Sambal Gesek (Pedas & Power!)

Tidak dinafikan sambal merupakan makanan mudah dan menjadi favourite dan dijadikan sebagai pelengkap hidangan. Kali ini kami nak kongsikan resepi sambal gesek yang power untuk anda cuba sendiri di rumah.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 1 genggam cilipadi (merah + hijau)
  • 1 biji bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • 2@3 sudu besar ikan bilis (goreng garing dan tumbuk pecah)
  • 1 biji limau nipis (ambil airnya)
  • Sedikit belacan
  • Perasa dan secubit garam (kalau ikan bilis dah masin tak perlu garam lagi)

Cara buat Sambal Gesek Ikan Bilis

  1. Tumbuk cili,bawang, bawang putih dan belacan (tumbuk pecah atau mesin kasar).
  2. Tumis bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan perasa dan garam (jika perlu).
  4. Masukkan air limau nipis.
  5. Tutup api dan kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sambal Gesek Nismilan

Bahan-bahan

  • Cili api segenggam
  • Ikan bilis
  • Belimbing buluh racik kasar

Cara buat Sambal Gesek Nismilan

  1. Tumbuk cili guna lesung batu.
  2. Masuk ikan bilis tumbuk lagi.
  3. Masuk belimbing buluh.
  4. Tumis guna minyak sedikit.
  5. Masukkkan sambal goreng sampai garing dan wangi .

Sumber: Imran Julia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sambal Gesek Mangga

Bahan-bahan

  • Cili api Kampung
  • Ikan bilis kopek
  • Limau kasturi
  • Mangga

Cara buat Sambal Gesek Mangga

  1. Tumbuk secukup rasa perahkan limau racikkan mangga dan gaul.
  2. Siap.

Sumber: Arbi Mohd Arbi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Gesek Bilis Petai

Bahan-bahan

  • Cili merah
  • Cili padi/cili siam
  • Bilis goreng (ditumbuk selepas digoreng)
  • Bwg putih
  • Bwg besar
  • Tomato
  • Petai
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara buat Sambal Gesek Bilis Petai

  1. Goreng cili, bawang dan tomato dengan minyak.
  2. Selepas itu tos dan blend dengan sikit air.
  3. Dah blend tumis bahan tadi sekali dengan minyak dah kering sikit bubuh air asam jawa.
  4. Akhir sekali sesuaikan rasa dengan bahan-bahan perasa saya bubh ikan bilis yang ditumbuk dan petai last skali.

Sumber: Jun Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Sambal gesek lebih sedap bila dimakan bersama nasi putih panas memang ngam. Jangan lupa cuba ya resepi mudah ini.

Jom lihat juga resepi sambal kicap johor ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment