4 Resepi Singgang Daging (Masakan Dari Kelantan)

Hidangan Kelantan memang terkenal dengan lauk singgang. Selalu kita dengar singgang ikan kan, kali ini kami bawakan resepi singgang daging untuk anda. Bagi singgang daging ini mempunyai banyak versi kuah, baca sampai habis ya.

Jom kita try!

1. Resepi Singgang Daging

Bahan-bahan

  • Daging 1/2 kilo (rebus hingga empuk)
  • Bawang besar sebiji belah 4 *
  • Bawang putih 3 ulas ketuk *
  • Halia 2 hiris *
  • Lengkuas 2 hiris *
  • Cili kering 3 tangkai potong *
  • Asam keping 2 keping *
  • Ketumbar biji 2 sk tumbuk kasar *
  • Garam perasa
  • Bendi
  • Tomato
  • Cili padi

Cara nak buat Singgang Daging

  1. Daging rebus hingga empuk.
  2. Air rebusan dah separuh masukkan bahan bertanda * dan tambah air lagi untuk kuah jika perlu biar mendidih sebati bahan semua.
  3. Perasakan dan masukkan bendi + tomato + cili padi. Siap.

Sumber: Norashikin Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Singgang Daging dan Tulang

Bahan-bahan

  • Daging / tulang (potong kecik nipis @ suka hati)
  • 2inci Lengkuas (hiris kasar)
  • 1 inci kunyit hidup (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (belah 2 )
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 keping asam gelugor / asam keping
  • 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk kasar)
  • 10 tangkai Cili kering (potong 2)
  • Cili padi
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa

Cara buat Singgang Daging dan Tulang

  1. Rebus semua bahan sampai daging empuk.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Singgang Daging Kelate

Bahan-bahan

  • 1/2kg daging (hiris nipis)
  • 1 inci lengkuas (hiris nipis)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 3 -4 ulas bwg merah (hiris nipis)
  • 5-6 ulas bwg putih (hiris nipis)
  • 3 tangkai lada kering (potong kecil)
  • 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk kasar)
  • 3 keping asam keping
  • Garam+gula (secukup rasa)
  • Serbuk perasa tambahan (jika perlu)
  • Air secukupnya
  • 4-5 tangkai cili pada merah (dipotong kecil), bagi yang suka pedas

Cara nak buat Singgang Daging Kelate

  1. Rebus daging yang telah dibasuh, dibersihkan tadi sehingga empuk.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan diatas ke dalam periuk.
  3. Biarkan ia mereneh seketika dan boleh rasa. Jangan lupa masukkan sedikit budu.
  4. Sekiranya ada kurang boleh lah tambah sebelum api ditutup.
  5. Bila semuanya sudah secukup rasa boleh lah dihidangkan.

Sumber: Noryn Noraien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Singgang Daging Budu Kelate

Bahan-bahan

  • Daging 400 gram
  • Bawang merah 6ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia setengah inci
  • Lengkuas setengah inci
  • Cilikering 5tangkai (hiris)
  • Budu
  • Ketumbar (tumbuk)
  • Asam keping 3keping

Cara nak buat Singgang Daging Budu Kelate

  1. Hiris mayang semua bahan, melainkan ketumbar tumbuk.
  2. Dan gaul masukkan budu gula garam.
  3. Gaul sekali dengan daging bahan yang bertanda* dan masukkan sedikit sahaja air letakkan diatas dapur.
  4. Bila mendidih dah empuk daging, baru masukkan air banyak mana kuah yang kita nak.
  5. Selepas itu baru masukkan ketumbar yng ditumbuk tadi.
  6. Last skali letak ajimoto dan biar mendidih sampai empuk daging baru tutup.

Sumber: Ana Danish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Singgang daging makan pula bersama nasi panas memang menambah selera. Wajib cuba jika anda penggemar makanan Kelantan.

Jom semak juga makanan Kelantan iaitu laksa lemak Kelantan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment