4 Resepi Sotong Goreng Kunyit (Mudah dan Sedap)

Bila dah selalu masak sampai dah hilang idea nak masakkan? Kami bagi idea pada anda jom masa resepi sotong goreng kunyit. Nampak simple tapi bila dah makan boleh bertambah pinggan!

Jom kita try!

1. Resepi Telur Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 300 gm telur sotong
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk perasa / garam
  • Minyak masak
  • 5-8 biji cili padi merah dan hijau

Bahan hiris

  • 1 biji bawang holland
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili kering

Cara buat Telur Sotong Goreng Kunyit

  1.  Cuci bersih telur sotong dan toskan ia.
  2.  Perap telur sotong bersama garam, serbuk kunyit, serbuk perasa dan serbuk lada putih.
  3.  Panaskan minyak, goreng sekejap telur sotong yang telah diperap hingga menjadi pejal. Angkat dan ketepikan.
  4.  Panaskan lebihan minyak menggoreng telur sotong tadi, tumis bahan yang telah dihiris hingga sedikit layu dan wangi.
  5.  Kemudian, masukkan telur sotong tadi dan hirisan cili. Kacau dan bolehlah diangkat. Siap!

Sumber: Tiesha Abd Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • Sotong (cuci bersih & toskan)
    Masak air. Dah mendidih masukkan sotong. Celur sekejap. Toskan. Gaul dengan sedikit serbuk kunyit.
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • 1 batang cili besar merah (hiris)
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Garam & gula
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Sotong Goreng Kunyit

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga layu. Masuk hirisan cili, sayur & kacau rata.
  2. Bila sayur dah agak layu, masuk sotong & bawang. Kacau rata.
  3. Perasakan dgn garam & gula. Kacau rata. Tak perlu lama sangat sebab sotong kita dah celur tadi. Tutup api. Dah siap.
  4. ** Tujuan kita celur sotong sebab nak buang air sotong. So bila kita goreng sotong dengan sayur, tak lah berair. Hidangan jadi cantik.

Sumber: Siti Moon dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Sotong Goreng Kunyit Mudah

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Bawang besar – di hiris
  • Bawang putih – di hiris
  • Halia – di hiris
  • Lada merah/ hijau – di hiris
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara buat Sotong Goreng Kunyit Mudah

  1. Tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Kemudian masukkan serbuk kunyit kacau sekejap.
  3. Masukkan sotong, garam & ajinomoto.

Sumber: Roslinda Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sotong Goreng Kunyit dengan Kacang Buncis

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong bersihkan potong ikut suka perah sedikit asam limau atau lemon dan sedikit cuka rendam sekejap dalam air bagi sotong tak layu bila goreng. Toskan
  • 10 batang kacang buncis potong ikut suka
  • 1/2 biji karet potong
  • 1 biji Cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji tomato

Bahan tumis

  • 5 ulas bawang putih ketuk/ tumbuk
  • 1biji bawang holland potong
  • 1sudu serbuk kunyit kalau ada kunyit hidup lagi bagus

Cara buat Sotong Goreng Kunyit dengan Kacang Buncis

  1. Panaskan kuali jangan masuk minyak masuk sotong goreng hingga air sotong kering air angkat ketepikan.
  2. Masuk minyak dalam kuali yang sama tumis bawang putih masuk serbuk kunyit kacau rata.
  3. Masuk cili potong sotong tadi garam serbuk perasa sedikit gula jika suka kacau rata.
  4. Masuk carrot, kacang buncis, tomato dan bawang holland kalau nak ada kuah masuk sedikit air.
  5. Kacau rata siap boleh hidang.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah dan menyelerakan resepi ini. Jangan lupa cuba ya!

Jemput baca resepi ayam goreng kunyit yang rangup dan mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment