4 Resepi Donut Red Velvet Viral

Baru-baru ini, viral dengan donut red velvet. Yelah dengan warna merah menyala dan ditaburi dengan gula halus membuatkan ramai yang ingin membelinya. Kalau nakkan kelainan daripada donut biasa, kali ini kami ingin kongsikan resepi donut red velvet untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Donut Red Velvet (Resepi Azlina Ina)

20-22 ketul donut

Bahan-bahan

Bahan A (gaul sekali)

  • 450gm tepung gandum
  • 90gm tepung kentang (potato starch)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 ½ sudu besar marjerin

Bahan B (kacau dan rehatkan 10-15 minit)

  • 3 sudu besar gula pasir (boleh kurang kepada separuh kalau nak donat tawar sedikit)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 paket yis

Bahan C (gaul sekali dan rehatkan 10 minit)

  •  200 ml susu segar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh buttermilk emulco
  • 1/2 sudu besar red velvet emulco

Cara buat Donut Red Velvet

  1. Masukkan semua bahan dan uli. Tambah air atau tepung jika perlu.
  2.  Perapkan 30 minit suhu bilik.
  3. Tumbuk dan uli doh semula.
  4. Bahagikan kepada 45gm setiap doh dan buat lubang tengah guna jari.
  5.  Perapkan sekejap lagi dalam 15-20 minit suhu bilik.
  6. Goreng.

Sumber: Salam Tewkesbury dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Donut Red Velvet Original (Tanpa Elmaco)

Bahan-bahan

  • 100 gm susu segar sejuk
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu rata yougrt original
    pewarna meron @ merah
  • 20 gm majerin
  • 1 sudu serbuk coco
  • 4 gm yis/ 1sudu teh
  • 18 gm gula
  • 3 gm garam
  • 180 gm tpung high protei/ t.gndum cap ros
  • 1sudu teh kfine ( tidak ada skip ganti kuning telur)

Cara buat Donut Red Velvet Original

  1. Saya pakai breadmaker jadi masuk semua bahan kering, pewarna merah @ meron dan buttermilk (susu + cuka + yougrt) kecuali yis dan majerin uli 30 minit lepas 30 minit keluarkan bowl masuk peti 10 minit. Baru masukan majerin dan yis uli lagi 15 minit dan boleh terus timbang dan rounding, biarkan 20 minit tekan bagi leper sikit then buat lubang.
  2. Rehatkan doh 40-1 jam, bila dah ringan boleh goreng macam biasa.
  3. Kalau pakai kuning telur adunan akan lembik sikit jadi tambah tepung sampai jadi adunan yang sempurna @ kurangkan cecair daripada susu  sebab saya tak pakai kuning telur.
  4. ****untuk yang buat 1 kg atau gandakan resepi cuka untuk 1kg tepung cukup letak 2 sudu besar  dan 2 sudu rata yougurt (jangan membukit) banyak nanti masam pulak*****
  5. Untuk frozen saya goreng sampai masak nak makan nanti masukan dalam oven, atau AF (suhu slow) microwave.
  6. Doh 20g.
  7. Uli tangan.
  8. Masukkan susu segar + cuka biarkan 10 minit.
  9. Sementara itu satukan tepung, garam,gula,serbuk coco dalam bekas.
  10. Selepas 10 minit masukan buttermlik (cuka dan susu tadi dalam adunan kering dan masukan pewarna merah @ meron 2/3 titik kemudian uli hingga sebati @ lincin sikit.
  11. Selepas itu baru masuk majerin dan yis, yis kalau uli tangan bancuh de ngan air sikit, then uli balik sampai doh lincin tak melekat pada tangan.
  12. Biarkan doh kembang 2 kali ganda boleh rounding dan rehatkan doh , goreng mcm biasa.

Sumber: Puan Eha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Donut Red Velvet (Guna Tepung Kek Red Velvet)

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum (termasuk tepung kek red velvet)
  • Telur sebiji
  • Marjerin 2 sudu
  • Susu pekat 3 sudu
  • Garam sedikit agak2
  • Yis 4 sudu
  • Gula 3 sudu
  • 1 sudu baking powder
  • Air suam agak  janji tak lembik / keras tepung

Cara buat Donut Red Velvet

  1. Yis dengan gula campur sekali dengan air suam.
  2. Yis dah kembang campur semua dalam tepung boleh dah uli dan perap bgi kembang.
  3. Dah kembang sekali ganda buang angin uli sekejap.
  4. Bulat kan donut tuggu kembang sekejap baru goreng.
  5. Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.
  6. Selamat mencuba.

Sumber: Chia KY dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Donut Red Velvet (Resepi Eira Aziera)

Bahan-bahan

  • 3 sudu yis/mauripan
  • 3 sudu gula
  • 1 gelas air suam
    (satukan dan biarkan)
  • 1kg tepung high protein/gandum
  • 3 sudu susu pekat
  • 3 sudu majerin
  • Secubit garam
  • 1½ red velvet emulco
    (satukan dan gaul)

Cara buat Donut Red Velvet

  1. Masukkan yis yang dah menaik dengan jayanya ke dalam tepung yang dah digaul dengan sebati.
  2. Uli doh sehinga sebati dan tidak melekat di tangan *lagi lama uli, doh akan jadi lagi cantik.
  3. Biarkan doh mengembang dengan jayanya tumbuk bagi angin keluar (doh yang dah kembang).
  4. Uli semula dan bentukkan.
  5. Siap.

Sumber:  Nur Suhaila Che Lah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Selepas ini tidak perlu lagi dah nak cari donut red velvet di kedai. Buat sendiri lagi puas hati dan jimat!

Jemput baca juga resepi donut Big Apple  yang gebu ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment