4 Resepi Donut Susu Gebu & Viral

Donut Red Velvet Viral sudah, kali ini donut susu pula menjadi viral. Resepi donut susu ini pasti menjadi kegemaran anak-anak, mana tidaknya donut yang dicicah dengan susu manis berlemak cukup menggiurkan.

Jom kita try!

1. Resepi Donut Minion Gebu Kapas

Bahan-bahan

  • Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit  (guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis  kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh).

Bahan uli

  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1sb gula kastor
  • 1/4 cawan full cream milk
  • 1sb Majerin – guna cap pelangi
  • 1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
  • Pewarna kuning – (guna pewarna gel base fodd colouring)

Cara buat Donut Minion Gebu Kapas

  1. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
  2. Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
  3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
  4. Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senang nak masak).
  5.  Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (guna besi yang deko icing cake je kalau tak ada guna la apa-apa janji ada lubang kat donut)
  6. Tutup donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
  7. Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa).

NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.

Sumber:  Fienaz Shafie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Donut Susu Pandan

Bahan-bahan

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 peket yis ( 11 g)
    * kacau larut & biarkan sampai mengembang & berbuih
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
    * gaul jadi serbuk roti
  • Sedikit emulco pandan & pewarna hijau epal

Bahan sangkaya pandan

  • Daun pandan 8 helai & air 400 ml blendkan dan ambil airnya
  • 2 santan kotak 200ml
  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu teh garam

Cara buat Donut Susu Pandan

  1. Campur air yis & tepung.
  2. Uli sampai doh licin & restkan 30 minit (pastikan tutup dengan kain @ plastic wrap).
  3. Tumbuk doh untuk buang angin & uli sekejap.
  4. Potong doh (kalau boleh timbang utk bentuk sekata).
  5. Rounding comel- comel & restkan doh 10 minit.
  6. Tekan doh & terapkan lubang tengah.
  7. Restkan doh 5-10 minit.
  8. Goreng.

Sangkaya pandan

  1. Larutkan & masak sampai likat.

Donut gaulkan dengan susu tepung & cicah dengan sangkaya pandan.

Sumber: Zairina Yuszairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Donut Susu

Bahan-bahan

  • 1 paket yis ( 2 sudu besar) saya guna brand saf
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • Larutkan dan biar yis bekerja
  • 500g Tepung gandum (baker choice)
  • 2 sudu besar marjerin (cap pelangi )
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu pekat (jangan lebih nanti donut berat)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1/2 cawan susu full cream (sejuk)

Bahan Milky Cheese sauce

  • 68 g susu fullcream
  • 90 g whipping cream
  • 95 g susu pekat
  • 250 g cream cheese

Cara buat Donut Susu

  1. Masukkan semua bahan dan ramas seperti serbuk roti.
  2. Campurkan kan air yis & campuran tepung. Saya guna bread maker.
  3. Kalau korang manual, uli sampai doh licin.
  4. Tutup dengan kain & plastik wrapping.
  5. Restkan 1/2 jam – 1 jam.
  6. Bila doh dah kembang.
  7. Tumbuk doh & keluarkan angin.
  8. Timbang 38- 39 g.
  9. Rounding & restkan 10 minit.
  10. Tekan sikit doh & buat lubang.
  11. Restkan lagi 5 minit (sampai ringan sikit).
  12. Goreng.

Milky Cheese sauce

  1. Blendkan pakai blender semua bahan kecuali whipping cream.
  2. Semua dah sebati masukkan whipping cream blend sekejap jangan over blend nanti whipping rosak.
  3. Gebukan donut dengan susu tepung & curah milky cheese
    Dah siap boleh serve dah.

Sumber: Zairina Yuszairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Donut Susu Tanpa Telur

Bahan – bahan

  • Air suam setengah cawan
  • Satu sudu setengah gula pasir
  • Satu sudu setengah susu pekat manis
  • Setengah sudu kecik yis
  • 2 cawan tepung gandum
  • Setengah sudu Kecil garam
  • 1 sudu Kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu besar marjerin

Cara buat Donut Susu Tanpa Telur

  1. Mula-mula letak tepung gandum dulu, dan letak gula pasir, garam, susu pekat manis, baking powder, marjerin dan letak yis dan air suam sikit sampai jadi doh.
  2. Uli untuk jadi doh tu. Pakai mesin pun boleh. Ikut suka.
  3. Kemudian rehatkan sejam.
  4. Dah naik kembang, tumbuk doh, biar keluar angin. Dan bentukkan jadi donut, kemudian biar naik sekali ganda lagi, pastu goreng api sederhana. Siap
  5. Untuk salutan susu, campur susu tepung dengan gula kastor nisbah 2:1. Susu tepung 2 sudu, gula kastor 1 sudu. Kalau nak kurangkan jumlah gula kastor pun boleh.

Sumber: Farhah Azman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir Kata

Cukup menarikkan resepi donut susu ini. Pelbagai warna boleh buat.

Jom semak juga resepi kuih bamboloni dan donut Big Apple.

Selamat mencuba!

Leave a Comment