4 Resepi Teh Tarik (Pekat dan Kaw!)

Teh tarik merupakan minuman kegemaran semua orang. Nampak ringkas kan, tapi sebenarnya nak dapatkan teh tarik yang betul-betul kaw ada teknik dia. Kalau anda nak lebih lagi resepi teh tarik yang lain, baca sampai habis ya!

Jom kita try!

1. Resepi Teh Tarik Sedap

Bahan-bahan

  • 5 sudu besar teh serbuk
  • ½ tin susu sejat
  • ½ tin susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Sesudu besar gula

Cara buat Teh Tarik Sedap

  1. Rebus teh serbuk atas dapur bersama 1 liter air.
  2. Rebus sampai gelegak.
  3. Gelegak lagi dan lagi.
  4. Bila dah cantik, pekat warna teh, toskan ke dalam jug.
  5. Masukkan segala susu, gula dan garam.
  6. Sila rasa jika kurang manis, tambah susu manis.

Sumber: Puan Mari Ani MHussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Teh Tarik Periuk

Bahan-bahan

  • 5/6 uncang teh.
  • Air
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam secubit

Cara buat Teh Tarik Periuk

  1. Sediakan periuk masukkan air dan masuk uncang teh.
  2. Biar menggelegak & warna teh jadi gelap.
  3. Baru masukkan susu cair, susu pekat & garam secubit.
  4. Tiada sukatan susu ikut rasa masing-masing nak manis ke nak kurang manis.
  5. Masak sampai mendidih, siap.

Sumber: Chek Kuna Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tiramisu Teh Tarik

Bahan-bahan

  • Teh tarik secawan,
  • Satu setengah peket biskut lady finger
  • Setengah cawan cream cheese*
  • Suku cawan gula ising*
  • Suku cawan susu tepung*

Cara buat Tiramisu Teh Tarik

  1. Campur semua bahan bertanda * dalam mangkuk, gaul sebati. Tak perlu mixer, saya gaul dengan sudu.
  2. Celupkan biskut dalam teh tarik, kemudian susun biskut dalam bekas. (Jangan celup lama sangat nanti lembik)
  3. Lapiskan bahagian atas biskut dengan campuran cream cheese tadi.
  4. Ulang step sampai lapisan ketiga. Pada lapisan terakhir ini, lapiskan campuran keju tadi dengan banyak.
  5. Selepas itucterpulang nak hias dengan apa pun. Saya taburkan serbuk coklat sahaja.
  6. Simpan dalam fridge paling kurang setengah jam kalau boleh.

Sumber: AJ Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Teh Layer

Bahan-bahan

  • 4 uncang teh
  • 1 cwn air
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb susu cair
  • 1 cwn air panas

Cara buat Teh Layer

  1. Rebus uncang teh dengan satu  cawan air sampai betul pekat.
  2. Bancuh susu pekat dan susu cair dengan air yang betul panas (tahap kemanisan dan kelemakkan  kalau rasa tak cukup boleh tambah atau kurangkan)
  3. Then bancuhan susu tuang tarik macam nak buat teh tari sebab nak bagi berbuih.
  4. Dah puas menarik tuang dalam cawan kesukaan dengn buih sekali.
  5. Lastly tuang air rebusan teh yang pekat tadi perlahan  (ikut tepi cawan) untuk bagi layer.

Sumber: Habibah Amin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kalau nak mengeteh tak perlu lagi nak ke kedai mamak, selepas ini buat sendiri je lagi puas hati kan?

Jom semak juga resepi air jagung pekat dan likat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment