4 Resepi Karipap Frozen (Cara Buat Kulit Rangup & Tahan Lama)

Kalau tetamu datang tiba-tiba, garu kepala juga nak hidangkan apa. Kan senang kalau ada karipap frozen. Tetamu datang, goreng sekejap dan boleh dihidangkan. Resepi karipap frozen pun tak susah. Tengok sahaja beberapa resepi yang kami kongsikan ini dan anda boleh sudah buat stok di rumah.

Jom kita try!.

1. Resepi Karipap Frozen Rangup

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum
  • 180g minyak masak
  • 30g marjerin
  • 2 cawan air ais @ 390g (jangan tuang semua)
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat karipap frozen

  1. Ayak tepung gandum dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dengan marjerin sehingga berbuih.
  3. Tuang minyak di atas tepung dan gaul dengan senduk kayu.
  4. Apabila sudah suam, gaul dengan jari sehingga menjadi serbuk roti. Ketepikan.
  5. Larutkan air ais bersama garam dan telur. Sebatikan dan tuang sedikit demi sedikit pada tepung.
  6. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
  7. Perap selama 15 minit. Timbang doh 20 – 25g setiap doh, gelek dan isikan inti dan kelim.
  8. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit. Alaskan plastik dalam bekas sebelum bekukan.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Karipap Frozen Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Bahan-bahan

  • 4 cawan / 1/2kg tepung gandum
  • 2 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 1/3 sudu marjerin
  • Air sejuk

Cara buat karipap frozen

  1. Satukan tepung, gula, garam, marjerin dan minyak panas. Gaul menggunakan senduk.
  2. Apabila suam, gaul lagi dengan tangan sehingga rata.
  3. Masukkan air sejuk sedikit-sedikit. Air sejuk akan merangupkan lagi karipap.
  4. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Rehatkan selama 5 minit.
  5. Bulatkan doh dan gelek mengikut ketebalan yang diingini.
  6. Masukkan inti dan susun di dalam tray.
  7. Bakar pada suhu 160°c selama 5 minit api atas bawah.
  8. Sejukkan dan boleh simpan di dalam bekas atau plastik.

Sumber: Ctazliza Yahaya dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Karipap Frozen Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • 1 bungkus tepung gandum cap ros
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu marjerin
  • 2 cawan air masak
  • 1 sudu air kapur (yang jernih)

Cara buat karipap frozen

  1. Panaskan minyak dan marjerin. Biarkan suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
  2. Gaul rata minyak dan tepung menjadi serbuk roti.
  3. Campurkan air kapur dan air masak bersama. Tambahkan ke dalam tepung sedikit-sedikit jangan terlalu lembik atau keras.
  4. Uli sehingga tidak melekat dan sebati menjadi doh.
  5. Rehatkan doh selama 45 minit – 1 jam. Boleh juga tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 15 minit.
  6. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan masukkan inti dan kelim dengan kemas.
  7. Goreng separuh masak, sejukkan dan simpan. Boleh juga bakar pada suhu 150°c selama 15 minit bergantung oven masing-masing.

Sumber: Azam Abd Wahab dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Karipap Frozen

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air sejuk

Cara buat karipap frozen

  1. Gaulkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak masak sehingga menggelegak dan tutup api.
  3. Curahkan minyak panas ke dalam adunan tepung tadi dan kacau menggunakan senduk.
  4. Apabila doh sudah suam, gaul dengan tangan sehingga menjadi serbuk.
  5. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli. Masukkan dalam plastik dan rehatkan dalam 20 minit.
  6. Uli sebentar dan bentukkan bulat-bulat. Gelekkan, masukkan inti dan kelim.
  7. Goreng sebentar dan sejukkan. Simpan di dalam peti dan bekukan.

Sumber: Pn Habsah Ngah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi karipap frozen untuk anda cuba. Selepas ini, bolehla buat stok di rumah. Jimat juga kalau buat sendiri. Boleh masukkan inti yang kita suka juga.

Selain resepi ini, kami juga ada kongsikan resepi karipap mini dan juga popia sayur yang tahan lama. Simpan berapa lama sekalipun, masih lagi rangung. Tapi dengan syarat ditutup ketat-ketat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment