4 Resepi Apam Nasi (Guna Sukatan Cawan, Pasti Gebu)

Apam nasi merupakan antara kuih yang menjadi kegemaran untuk sarapan atau minum petang. Sebenarnya, resepi apam nasi ini senang sahaja. Boleh guna sukatan cawan dan uniknya, resepi apam nasi ini juga menggunakan eno.

Jom kita tengok.

1. Resepi Apam Nasi Lembut

Bahan-bahan

  • 1 cawan nasi
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh yis kering
  • 1 paket Eno biru
  • Pewarna merah, kuning, hijau, ungu
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
  • 3/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan (dipotong kecil)

Cara buat apam nasi

  1. Kisar nasi, gula dan air sehingga halus.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kisar lagi sehingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam bekas bertutup dan perap selama 3-5 jam pada suhu bilik.
  4. Setelah diperap, kacau adunan dan campurkan eno. Kacau perlahan hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Sapu minyak pada acuan. Sudukan adunan.
  7. Kukus selama 20 minit pada api sederhana. Keluarkan apam.
  8. Gaulkan kelapa dengan garam dan gula. Letakkan daun pandan di atasnya dan kukus 5-10 minit sehingga wangi.
  9. Hidangkan apam bersama kelapa parut.

Sumber: Nor Al Fatihah dari Masak Apa Hari Ni

2. Resepi Apam Nasi Gebu

Bahan-bahan

  • 1 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1/4 air (untuk cairkan adunan)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Pewarna
  • 1/2 biji kelapa parut bahagian putih (ditambah 2 cubit garam)

Cara buat apam nasi

  1. Kisar 1 cawan nasi dan 1 cawan air.
  2. Tambahkan lagi 1/2 cawan air dan kisar lagi sehingga betul-betul halus.
  3. Masukkan adunan ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung beras, tepung gandum, gula, yis dan minyak masak. Kacau sebati.
  4. Tambahkan 1/4 cawan air jika adunan nampak pekat dan kacau sebati.
  5. Perap adunan selama 1 jam.
  6. Selepas diperap, kacau adunan untuk buang angin.
  7. Bahagikan adunan dan warnakan.
  8. Sediakan pengukus, sapu acuan dengan minyak masak.
  9. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus dengan api besar selama 15 minit.
  10. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan kukus selama 5 minit. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Ema Izumi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Apam Nasi Simple

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kasar
  • 1 paket yis

Cara buat apam nasi

  1. Kisar nasi dengan 1 cawan air dahulu sehingga halus.
  2. Kemudian, tambahkan lagi 2 cawan air dan kisar lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan perap selama 1 jam.
  5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan kukus selama 15 minit.
  7. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus selama 5 minit supaya tahan lama.

Sumber: Roslina Hasan dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Apam Nasi Pandan

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan pati daun pandan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 paket mauripan

Cara buat apam nasi

  1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan sehingga sebati dan halus.
  2. Satukan tepung dan mauripan. Masukkan nasi yang sudah dikisar ke dalam tepung.
  3. Kacau sebati dan masukkan pewarna.
  4. Perap selama 1 jam setengah.
  5. Kukus selama 15-20 minit.

Sumber: Fazilah Md Yussop dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi apam nasi dari kami. Mudah sahaja kan untuk buat kuih ini, kalau buat lebih boleh pula disedekahkan kepada jiran sebelah atau keluarga. Dapat juga pahala.

Kami juga ada kongsikan beberapa resepi kuih yang mudah dan senang juga. Antaranya resepi bakwan, lepat pisang dan kuih kaswi. Selamat mencuba!

Leave a Comment