3 Resepi Ayam Goreng Berempah (Sedap, Simple & Ringkas)

Ayam goreng berempah merupakan salah satu menu ayam kegemaran orang ramai. Ringkas sahaja menunya. Sangat sedap dimakan bersama nasi kukus serta kuah kari. Begitau sahaja pun sudah cukup untuk buat kita tambah nasi. Kali ini, kami akan kongsikan resepi ayam goreng berempah untuk rujukan anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan

  • Ayam 1 ekor
  • Serai 5-6 btg – potong2 lebih kurang 1 inci blend dengan sedikit air
  • 8 ulang bawang putih
  • halia sebesar 2 jari
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 sb serbuk kari ayam/daging
  • 2 sb tepung jagung
  • Minyak masak

Cara-cara buat Ayam Goreng Berempah

  1. Potong-potong serai lebih kurang 1 inci
  2. Blend dengan sedikit air sekejap sahaja
  3. Pastikan jangan hancur untuk dijadikan kerak-kerak rempah
  4. Tapis untuk pakai serainya sahaja
  5. Blend bawang putih dan halia menggunakan air tapisan serai tadi
  6. Gaulkan bahan blend pada ayam beserta garam, sedikit kunyit, serbuk kari ayam/daging, tepung jagung
  7. Perap selama 2 jam. Lebih lama lagi sedap
  8. Goreng dengan minyak yang banyak
  9. Lebihan bahan blend di goreng kemudian bersama daun kari
  10. Angkat dan tabur ke atas ayam goreng tadi

Sumber: Norsiah Zakaria dari Masak Apa Harini

 

2. Resepi Ayam Goreng Berempah Simple

Bahan-bahan

Bahan A (dikisar)

  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Lada kering

Bahan B

  • Telur ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Ajinomoto
  • Gula
  • Biji ketumbar
  • Daun kari
  • Tepung jagung

Cara-cara buat Ayam Goreng Berempah Simple

  1. Sediakan ayam yang ditoskan airnya
  2. Masukkan bahan A dan b
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti
  5. Goreng dan siap

Sumber: Khumaira Caterer dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Ayam Goreng Berempah Kenduri

Bahan-bahan

Bahan di blend

  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Halia sebesar ibu jari

Bahan-bahan lain

  • Seekor ayam
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 1 sb serbuk cili (tambah jika mahu lebih pedas)
  • 2 sb rempah kari daging
  • Sedikit perasa dan garam
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb tepung jagung

Cara-cara buat Ayam Goreng Berempah Kenduri

  1. Masukkan semua bahan di atas bersama ayam
  2. Gaul sebati dan perap 1 jam/sehari
  3. Goreng ayam
  4. Tabur daun kari yang di goreng sekali

Sumber: Maina Mohamad dari Masak Apa Harini

 

Akhir kata

Jika tiada ada idea untuk lauk makan tengahari ini, bolehlah cuba resepi ayam goreng berempah ini. Untuk variasi masakan ayam yang lain, anda boleh cuba ayam gulai, ayam bakar, ayam kurma dan juga paprik ayam.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment